::..SELAMAT DATANG..SELAMAT MEMBACA..SELAMAT PULANG..::

Saturday, June 27, 2009

sekeping hati..

aku da bace blog2 azam, una, nadea...
bestnyer reunion hari tu ea..
tapi sian pulak kat intan sebab tak dapat g..
nak wat cam ner...
~kiter merancang, tapi Allah yang tentukan~


da terlambat ker??
aku nak ucapkan tahniah kat kengkawan aku yg dapat U..
to trah, peha, mus, yan..
tahniah to u all semua..
semoga berjaya..

da bley coment...atas bantuan seorang kawan ku...

da masuk maktab ni, so tak ley da nak on 9 slalu coz wireless maktab tengah update..
kene sewa broadband je..huhu...

tak de mende pun nak tulih..
ok la..
bye2..=p

Saturday, June 20, 2009

blog aku tak ley coment..huhu..

nape ek alu nye blog tak ley coment?..
sape2 ley bantu aku?...=(
da try cari tapi entahla silap setting kat mane...

Friday, June 19, 2009

Reunion 2009?? ~ KLCC~

huhu..cdeynyer...
aku tak dapat g...
mesti bestkan diorang kumpul ramai2 hari ni..

termasuk tahun ni, da 3 tahun aku tak jumpa diorang...
rindunyer...='(


tapi diorang rindu aku tak??...ting!!
~ rindu kot..hehe.. ~

nway..aku selalu doakan kebahagiaan korang sume..
semoga berjaya dalam ape jua yg korang wat ea..
muaaaah!
~ jiwang lak kan..=p ~

Thursday, June 18, 2009

tag?? first time..hehe..=p

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?

~ nak buat rumah baru untuk family, banglo bertingkat2..hehe.. ~
~ nak bawak g jalan2, bercuti..(zoom Malaysia).. ~
~ bagi duit kat adik2, suh belaja betul2 ~
~ nak beli perabot2 rumah yang cantik2 ( wah!! klas gitu...hehe..) ~
~ lastly, simpan untuk hari TUAKU.. ~

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?

~ ehemm..ea ke??..tak mungkin sama sekali.. ~

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?

~ cinta?? ~
~ tak mungkin la sampai nak terjun kot ~

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus?

~ hehe ~
~ saya akan tny die balik, "blog awak cantik sangat kew???" ~

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluargalah?

~ ntahla, kene bergantung pada keadaan.. ~
~ tapi kalau ok, why not? =p ~
~ yg penting, sape2 pun yang akan berkongsi dengan hidup aku nanti, aku harap die boleh jage aku dengan baik.. ~

6. Kalau tiada lagi hari esok?

~ kalau?? ~
~ entahla.. ~
~ tapi jika aku diberi peluang, aku ingin memperbetulkan segalanya ~
~ bantulah aku!! ~

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?

~ buat2 tak tahu.. =o ~
~ tapi kalo benci sekalipun, tak mungkin la sampai aku tak nak tengok muke die ~

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda-benda pelik?

~ nak tengok borang fear factor pun tak nak..hehe.. ~
~ tapi suke tengok rancangan die ~

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?

~ betapa beratnya bahu untuk memikul ='( ~
~ aku akan setiasa mendoakan mereka ~
~ aku juga perlu tabahkan diri aku demi adik2 tercinta ~

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.

~ emm..kalau ea.. ~
~ aku tengok je la kot, die pakai baju ape..cam ne muke die..mekap tebal ke tak..hehe.. ~
~ sorry la..tak de yg betul2 minat.. ~

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?

~ aku akan bunuh orang2 yahudi ~
~ YA ALLAH! selamatkan lah umat2 Islam yang teraniya ~

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?

~ alhamdulillah.. ~

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?

~ jauhkan la dari diriku.. ~

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?

~ makan sedap2..yummy2.. ~

15.Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?

~ kalo ade kebaikkan ape salahnye ~
~ tapi kalau takde pekdah ape2, nak wat per korbankan..hehe.. ~

16. Kalau anda memenangi anugerah, dan anugerah apa yang anda inginkan?

~ pelajar terbaik.. ~ (impian waktu kecik2, tapi tak penah tercapai..huhu)

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?

~ mm.. ~
~ tak nak la..nak melayu je..=p ~

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?

~ tak nak!!!! ~

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?

~ la..nape nak cemburu? ~
~ wat sakit hati jerk..betul tak?? ~

20. Mengenai orang yang tag kamu ni?

~ kepada una ku sayang, sy da jawab semua soalan.. ~
~ so, kene bagi 20 hadiah, sebab ade 20 soalan..hehe ~

21. Sekarang nk tag :

~ tak mo tag sape2.. ~
~ sebab semua da ader..hehe.. ~

..


~ kenapa ea, dalam hidup ni susah sangat nak buat satu keputusan ~

~ bila da buat keputusan tu, orang pulak tak suka..hmm.. ~

~ so, ape yang kite perlu buat supaya semua orang suka dengan keputusan kiter ~

~ ntahla.. ~



Tuesday, June 16, 2009

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

http://img171.imageshack.us/img171/3226/sitinurhaliza6mx3.jpg


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Bertunang
www.iLuvislam.com
oleh: Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.




PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

*
Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab atau nama penanya, buluh, merupakan salah seorang moderator forum soal jawab agama iLuvislam.com. Artikel ini disunting berdasarkan soal jawab di forum iLuvislam (kategori Fiqh Munakahat; perkahwinan dan kekeluargaan).
Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka?
www.iluvislam.com
kelopak_mawar
Editor: lailatulema

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.